Saturday, November 28, 2015

   Aku rasa sedih sangat bila terfikirkan kenapalah aku jatuh suka pada dia. Tahun depan akan jadi tahun yang kosong dalam hidup aku kerana tiada lagi dia. Kawan-kawan aku ramai yang menyuruhku untuk mencari pengganti tapi aku tahu itu bukan suatu yang mudah. Perlukah aku setia dan menyepi, mengharapkan dia akan muncul kembali dalam hidupku suatu hari nanti. Biar dia dan aku berkenalan semula...Memandangkan aku tidak akan bertemu dengan dia lagi, aku betul-betul mendoakan yang aku dapat lupakan dia. Aku doakan dia akan bertemu dengan perempuan yang jauh lebih baik dari aku...supaya aku tidak akan pernah menyesal lagi. Terlalu banyak tentang dia dalam hatiku. Mengenamg kembali lagu yang dia pernah beri aku, Inspirasi-Hafiz Suip. Maafkan aku.
   Setiap soalan yang aku tulis, semua dijawab namun dia tetap tidak tahu siapa aku. Aku cuba beri dia klu tentang identitiku tapi dia buat tidak tahu. Tidak tahu untuk meneka, katanya. Mungkin ini yang terbaik untuk aku, membiarkan dia langsung tidak tahu apa-apa tentang hati ini. Terlalu banyak yang aku perlu simpan dalam hati. Sebabnya, aku terlalu banyak dilukakan sebelum ini. Jujur aku katakan yang aku tidak pernah bercinta dan aku memang tidak akan. Istilah 'couple' adalah jauh panggang dari api bagiku. Aku juga pernah menyukai orang lain sebelum ini dan sering kali ada sahaja yang memaksa aku untuk membenci. Tapi kali ini, aku tak mampu untuk berbuat begitu. Aku juga tidak tahu kenapa...ada fius rosak mungkin dalam hatiku. Kenapa aku tidak boleh membenci dan melupakan dia?

Mulanya cerita hatiku...

   Aku terperangkap dalam diri sendiri. Siapa diriku dalam mata dia? Mungkin dia tidak pernah tahu siapa aku...dan tidak pernah akan tahu. Biarlah aku menyayangi dalam sendiri. Dalam kegelapan. Kerana aku takut sekiranya dia tahu...